FFVMM

FFVMM atau Festival Filem & Video Murid Malaysia adalah inisiatif pengumpulan segala aktiviti berkaitan penghasilan filem & video murid-murid sekolah di Malaysia. Secara umumnya fungsi FFVMM adalah:

  1. Pusat aktiviti kesenian murid-murid di Malaysia berkaitan filem dan video

  2. Hebahan aktiviti kesenian berkaitan filem dan video yang boleh disertai murid-murid Malaysia

  3. Platform penyertaan & pemilihan wakil murid-murid Malaysia bagi mewakili Malaysia dalam aktiviti seni berkait filem & video ke peringkat lebih tinggi

FFVMM adalah inisiatif Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Program Pembangunan Seni Kementerian Pendidikan Malaysia 2022.