Pendaftaran

Pendaftaran

Senarai semak pendaftaran

  1. 5 murid setiap sekolah (terbuka untuk murid T1, 2, 3, 4, 5 & Pra U sahaja) dan seorang guru pembimbing.

  2. E-mel guru pembimbing.

  3. Nombor kad pengenalan murid & guru pembimbing.

  4. Negeri, jenis sekolah (seni atau bukan seni), kod sekolah & nama sekolah.

  5. Nombor telefon guru pembimbing.

  6. Nombor telefon ketua kumpulan (murid senarai pertama).

Selepas pendaftaran

  • Muat turun kit bahan yang terdiri daripada template & contoh tugasan melalui pautan yang diberikan

  • Bersedia dengan bahan & peralatan yang disenaraikan (kamera, komputer, green screen dll)

  • Muat turun & pasang (install) Adobe After Effect & Premiere Pro melalui pautan yang diberi (dicadangkan pasang pada 17 Mei untuk memaksimumkan penggunaan seminggu trial)

  • Tunggu sehingga 17 Mei untuk bengkel hari pertama. Susun jadual bengkel secara fleksibel bersama guru pembimbing. Setiap hari bengkel 3 jam dicadangkan untuk menonton video tutorial, soal jawab, cuba buat dan lain-lain pembelajaran. 3 jam lagi dicadangkan untuk perkembangan penghasilan tugasan.

  • Tutorial diberikan berturut untuk ketiga-tiga sesi pada 17 & 18 Mei. Jika sesi pertama diselesaikan awal, boleh terus masuk sesi bengkel seterusnya hingga selesai & fokus pada tugasan.

  • Ambil sekurang-kurangnya 5 gambar dengan sekurang-kurangnya 1 gambar memaparkan kesemua ahli kumpulan semasa menjalankan bengkel dengan bimbingan guru masing-masing. Gambar-gambar perlu dimuat naik bersama penghantaran tugasan bermula 19 Mei 2022.

Bahan


Bahan Tambahan: link


Tugasan

Hasilkan sebuah sedutan berita yang menarik untuk ditonton.

  • Sedutan berita tidak melebihi 3 minit

  • Video mestilah memaparkan nilai-nilai positif & informasi/literasi yang tepat walaupun pengisiannya adalah rekaan semata-mata.

  • Penghasilan video wajib menggunakan perisian Adobe After Effect & Premiere Pro serta menggunakan teknik green screen. Bimbingan akan diberi melalui bengkel & bahan template juga disediakan.

  • Muat naik video tugasan melalui Youtube (unlisted) & hantar pautan video tersebut melalui Google Form yang akan disediakan

  • Hasil tugasan boleh dihantar pada bahagian penghantaran tugasan bermula 19 Mei hingga 24 Mei 2022 jam 6.00 petang di ffvmm.com

  • 3 tugasan terbaik akan diberikan pengiktirafan peringkat kebangsaan manakala lain-lain penyertaan yang memenuhi syarat dikira sebagai penyertaan kebangsaan.

Pemarkahan:

Kreativiti - 20%

Informasi/Literasi - 10%

Teknik Green Screen - 10%

Teknik Suntingan - 10%

Kesemua elemen dalam contoh video berikut akan diajar dalam bengkel. Elemen yang dimaksudkan adalah montaj, lower third & ticker (menggunakan After Effect) serta suntingan & color keying/ultra key (menggunakan Premiere Pro).

Semua fail & contoh tugasan yang dikongsi adalah contoh sahaja. Sila tukar semua elemen kepada elemen mengikut sekolah masing-masing. Bina video sedutan berita baharu yang bukan menggunakan contoh.

Contoh video tugasan:


Pecahan ringkas teknik green screen sedutan berita: