Pengenalan

Tarikh

12 hingga 23 Mei 2022 (Pendaftaran & bengkel)


Platform

Dalam talian melalui laman sesawang


Peserta

  • 5 orang berkumpulan dengan seorang guru pembimbing 2 kumpulan setiap negeri (10 murid & 2 guru pembimbing setiap negeri)

  • 5 orang berkumpulan dengan seorang guru pembimbing untuk setiap sekolah seni seluruh Malaysia.

  • Penyertaan dibuka untuk murid sekolah menengah tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 & Pra U sahaja.

  • Rujuk JPN masing-masing untuk penyertaan


Keperluan

  1. Perisian Adobe Premier Pro CC & Adobe After Effect CC.

Sila gunakan perisian yang dinyatakan secara trial yang sah selama satu minggu. Perisian boleh dimuat turun melalui laman sesawang Adobe dan pasang sekitar tarikh pelaksanaan program.

  1. Komputer - Spesifikasi komputer dicadangkan dengan pemproses Intel i5 dengan RAM 16gb atau setaraf/lebih baik

  2. Talian internet untuk segala keperluan bengkel

  3. Layar hijau - Apa-apa sahaja latarbelakang dengan warna kontra yang tidak bersamaan dengan pakaian, props & warna bahagian tubuh badan. Warna dicadangkan adalah warna hijau flourescent yang tidak berkilau & warna sekata. Layar hijau boleh dibuat menggunakan cat pada dinding, kain, kelengkapan khusus green screen dan pelbagai kemungkinan lain yang sesuai.

  4. Kamera - Kamera dengan resolusi yang baik adalah digalakkan tidak menambil kira jenis sama ada kamera video khusus mahupun kamera telefon.

  5. Pencahayaan - Pencahayaan tambahan digalakkan contohnya dengan menggunakan lampu led studio. Walaubagaimanapun, pencahayaan semulajadi juga mencukupi jika olahan cahaya dibuat dengan baik dengan menggunakan sumber & bahan sedia ada. Asasnya, subjek mestilah menghadap cahaya manakala cahaya belakang subjek tidak pula melampaui subjek itu sendiri.


Pengisian

1. Pengenalan penggunaan layar hijau

2. Rakaman video layar hijau

3. Pengenalan Adobe After Effect

4. Suntingan mudah Adobe After Effect (Motion)

5. Pengenalan Adobe Premier Pro

6. Suntingan mudah Adobe Premier Pro

7. Tugasan


Masa

  • Bengkel: 8.00 pagi hingga 3.00 petang atau fleksibel

  • Soalan & pertanyaan : 8.00pagi hingga 3.00 petang (rujuk jadual pelaksanaan)


Pelaksanaan

Bengkel dalam talian secara Project Based Learning.

  • Tugasan beserta contoh akan diberi semasa pendaftaran.

  • Bahan tugasan yang terdiri daripada kit template, link & contoh tugasan diberi semasa pendaftaran.

  • Komponen bengkel terdiri daripada video tutorial, soal jawab melalui whatsapp/tele, penghasilan tugasan, penghantaran tugasan & penilaian hasil tugasan.


Penghantaran Tugasan

  • Hasil tugasan bagi setiap wakil negeri & sekolah seni akan dinilai dan sijil pencapaian akan diberikan mengikut hasil yang dihantar. Penghantaran tugasan (pautan video) menggunakan borang dalam talian & disekalikan dengan laporan ringkas pelaksanaan bengkel bersama 5 keping gambar sebagai bukti.

  • 3 penghasilan tugasan bengkel yang terbaik akan dipilih & diberikan pengiktirafan peringkat kebangsaan.

  • Tarikh akhir penghantaran tugasan adalah pada 24 Mei 2022, Selasa sebelum jam 6.00 petang.