Penghantaran Tugasan
KIRA TURUN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN TUGASAN
Borang penghantaran tugasan & laporan ringkas bengkel:
**Semua fail & contoh tugasan yang dikongsi adalah contoh sahaja. Sila tukar semua elemen kepada elemen mengikut sekolah masing-masing. Bina video sedutan berita baharu yang bukan menggunakan contoh.
Senarai semak penghantaran tugasan
Nama sekolah & kod sekolah
Pautan video hasil tugasan
Muat naik borang imbasan (scan) pengesahan pengetua diisi & ditandatangan beserta cop sekolah link
5 gambar yang memaparkan aktiviti sepanjang bengkel & perkembangan penghasilan tugasan. Sila paparkan sekurang-kurangnya 1 gambar aktiviti bersama yang menunjukkan kehadiran keseluruhan ahli kumpulan & guru pembimbing.
Tugasan
Hasilkan sebuah sedutan berita yang menarik untuk ditonton.
Sedutan berita tidak melebihi 3 minit
Video mestilah memaparkan nilai-nilai positif & informasi/literasi yang tepat walaupun pengisiannya adalah rekaan semata-mata.
Penghasilan video wajib menggunakan perisian Adobe After Effect & Premiere Pro serta menggunakan teknik green screen. Bimbingan akan diberi melalui bengkel & bahan template juga disediakan.
Muat naik video tugasan melalui Youtube (unlisted) & hantar pautan video tersebut melalui Google Form yang akan disediakan
Hasil tugasan boleh dihantar pada bahagian penghantaran tugasan bermula 19 Mei hingga 24 Mei 2022 jam 6.00 petang di ffvmm.com
3 tugasan terbaik akan diberikan pengiktirafan peringkat kebangsaan manakala lain-lain penyertaan yang memenuhi syarat dikira sebagai penyertaan kebangsaan.
Pemarkahan:
Kreativiti - 20%
Informasi/Literasi - 10%
Teknik Green Screen - 10%
Teknik Suntingan - 10%
Kesemua elemen dalam contoh video berikut akan diajar dalam bengkel. Elemen yang dimaksudkan adalah montaj, lower third & ticker (menggunakan After Effect) serta suntingan & color keying/ultra key (menggunakan Premiere Pro). Semua fail & contoh tugasan yang dikongsi adalah contoh sahaja. Sila tukar semua elemen kepada elemen mengikut sekolah masing-masing. Bina video sedutan berita baharu yang bukan menggunakan contoh.
Contoh video tugasan:
Pecahan ringkas teknik green screen sedutan berita: